Pengikut

Jumaat, 14 Disember 2012

BANGKITLAH UMAT ISLAM!..~


Bilakah lagi Islam kan kembali megah?
Bilakah lagi kedamaian kan dirasai?
Ke mana perginya pejuang Islam yang digeruni?
Ke mana sirna kedamaian yang terindah?
Lupakah kita sejarah Rasulullah?
Teguh menyebarkan agama tercinta
Kerana Islam baginda mara
Walau teruji sakit dan derita
Ke mana perginya pejuang sehebat Umar Al-Farouq
Tidak gentar biarpun diancam
Teguh, mara dengan kencang
Biarpun nyawa menjadi taruhan
Ke mana perginya penegak keadilan seberani Hamzah
Sehingga digelar singa Allah
Hebat cintanya kepada Allah dan Rasullah
Dilapah hati akhir syahidnya
Ke mana perginya sahabat sesetia Abu Bakar As-Siddiq
Tingginya kasih pada Rasulullah
Sentiasa membenarkan dakwah baginda
Dari awal kerasulan sehingga wafat khatimul anbiya'
Adakah lagi pemerintah selembut Uthman Bin Affan?
Kelembutannya telus penuh berhikmah
Sahabat mulia digelar Zun Nurain
Dua puteri baginda menjadi surinya
Kepandaian Ali menantu Rasulullah
Mengatasi para sahabat yang dikasih
Gedung ilmu gelaran diberi
Akankah ada umat Islam umpama dirinya?
Ayuh
Bangkitlah umat Islam
Kembalikanlah kegemilangan Islam
Mekarkanlah bunga-bunga dakwah
Bersama sirah generasi mulia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan